Friday, October 29, 2010

Hakmilk Hartanah & Harta Pusaka


Apabila anda membeli sebidang tanah atau sebuah rumah, ia menjadi milik anda dengan berdaftarnya nama anda di dalam geran (suratan hakmilik) oleh pejabat tanah yang berkaitan. Jika hartanah yang masih belum mempunyai geran individu, lazimnya pemilik berdaftar ialah pemaju atau pihak yang berkenaan dan ia dikenali sebagai hakmilik induk (master title). Anda hanyalah sebagai pemilik berkepentingan melalui surat ikatan hakmilik (deed of assignment) yang ditandatangani oleh anda dan pemilik berdaftar sehingga geran individu dikeluarkan oleh pejabat tanah serta urusan pindahmilik didaftarkan oleh pejabat tanah.


Oleh itu, segala dokumen yang berkaitan dengan milikan anda terhadap hartanah tersebut hendaklah disimpan dengan elok kerana apabila anda mati, hartanah ini akan menjadi harta pusaka yang boleh diwarisi oleh waris-waris anda menurut peruntukan undang-undang.


Kesimpulannya, hartanah anda bukanlah milikan anda yang kekal abadi kerana apabila jasad sudah tiada, hartanah ini akan menjadi milikan saudara terdekat anda. Maka, anda perlu tahu prosedur undang-undang mengenai hakmilik dan pusaka agar ia tidak menjadi persoalan yang boleh meninggalkan perdebatan dan permusuhan antara saudara akibat kejahilan anda mengenai hartanah dan pusaka.


Segala perkara-perkara yang berkaitan dengan hartanah dan pusaka akan dibincangkan disini untuk dimanfaatkan oleh anda.

1 comment:

  1. saya ad masalah berkaitan tanah yang saya tengah duduki sekarang..saya cuma nak tanya adakah menjadi masalah jika yang membeli itu adalah orang yang berstatus penduduk tetap dan bukan warganegara.

    ReplyDelete